Friday, April 15, 2016

Gelap

Laluan gelap memang selalu seram eh?
Especially bila kau terpaksa lalu seorang diri.

Entah kenapa diri ini selalu berada dalam gelap gelita sendiri.
Terlalu lama berada dalamnya sampai perasaan seram semakin pudar.
Sehingga terlupa nak cari cahaya untuk keluar.
Diizinkan untuk mengatakan bahawa laluan gelap kini, comfort zone diri hamba yang hina ini.

O'Allah Guide Me

Diri ini tak tau kalau ada hamba Allah yang lain yang tersesat sekali dalam laluan tu.
Sebab diri ini sedang busy dengan diri sendiri.
Busy kerja hal dunia, rasanya.

Waktu tengah jalan laju-laju,
terlanggar orang sampai tak perasan dia luka.

Ya allah teruk sangatkah aku?

Being selfish is something that I hate.
But to tell the truth,
I am the one who is being selfish.
Yet, I am pointing at someone else.

Entah apa yang diri ini fikir,
bila langgar orang.

Aku nak keluar dari lorong gelap ni.
Memang pada mulanya aku rasa,
Aku seorang je yang boleh lepas lari keluar.
Tapi lepas dia jadi comfort zone aku,
Aku rasa aku seorang je yang mahir selok-belok dalam ni.

Orang lain semua salah.
Orang lain semua tak berhak.

Hinanya aku.

Wahai hati,
Wahai diri yang degil,

Ingat lah orang lain,
Kalau terlanggar, mohon maaf lah,
Kalau terdengar suara mereka meminta tolong, bantu lah,

Ayuh la kita,
sama-sama mencari cahaya.
Ayuh la kita,
bantu mereka yang meminta,
Ayuh la kita,
fikir yang lain.

Lorong gelap bukan comfort zone kau, diri.
Escape jom !
Tapi dengan sahabat-sahabat kita, jom.

Lepas ni janji dengan diri,
bantu mereka yang meminta dan tidak mengabaikan sesiapa.



No comments:

Post a Comment

Do as you please