26 Ramadhan 1437M.
flashback malam 1 Ramadhan,
ustaz semua dok habaq bulan ramadhan ni bulan tarbiyyah.
Bulan nak didik diri ni.
Tapi kenapa,
aku rasa diri ni makin menjadi-jadi bulan ni?
Makin galak, gedik, kasar, jahat.
Pengganggu segala amalan baik pun takde, kena ikat.
Nak cakap sebab lapar, HA HA .
Tak bukan lapar.
Kadang-kadang terlintas juga,
Allah nak uji keimanan aku ke?
rasanya, ye kot.
Allah nak test betapa kuat sayang kau kat dia.
Betapa teguh iman kau.
Tap dear diri,
Kau masih belum kuat.
Kau perlu belajar lagi.
Sama ada dari nasihat orang,
Atau kutukan orang.
Mana yang baik, ambil la.
Didik diri betul-betul.
Didik bagi dia cinta kat Allah & Kekasih-Nya.
Didik bagi dia benci kat maksiat.
Sebab kalau hang tak didik,
Takut syaitan bulan ramadhan ni dah takdak, hang pi ganti tempat dia.
Lagi beberapa hari nak syawal. Kau masih punya masa.
Just jangan tangguhkan apa apa.
No comments:
Post a Comment
Do as you please